Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Platini semakin tertekan selepas 'kehilangan' penasihat pentingnya dalam Uefa

Oct 02, 2015 | 06:19 PM



ZURICH: Presiden Uefa, Michel Platini, kehilangan salah seorang penasihat pentingnya, sekali gus meningkatkan lagi tekanan ke atas legenda Perancis itu selepas namanya terpalit dalam siasatan rasuah ke atas badan bola sepak dunia, Fifa.


Badan bola sepak yang menguasai sukan itu di Eropah, Uefa semalam (1 Oktober) berkata bahawa Kevin Lamour, yang mengetuai pejabat Presiden Uefa, akan bercuti daripada tugasnya itu sambil menegaskan bahawa keputusan itu "langsung" tiada kena-mengena dengan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Swiss ke atas Fifa dengan Platini turut disoal mengenai bayaran AS$2 juta ($2.84 juta) yang diterimanya daripada presiden Fifa, Sepp Blatter.


"Keputusan itu sudah pun dipersetujui beberapa bulan lalu dan Kevin dibenarkan bercuti pada penghujung September selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif di Malta," ujar seorang jurucakap Uefa.


"Tempoh cuti itu bagaimanapun belum dapat dipastikan," tambah beliau.


Sekalipun pengunduran Lamour tiada hubungan dengan siasatan serta tumpuan ke atas Platini, ia juga bermakna bahawa pemimpin Uefa itu kini kehilangan seorang penasihat yang dipercayainya pada masa-masa yang sukar ini.


Platini, yang mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kes itu, merupakan antara calon yang bersaing bagi menggantikan Blatter sebagai presiden Fifa dalam sidang pemilihan yang dijadualkan diadakan pada Februari depan.


Namun, harapannya itu mendapat tamparan hebat apabila timbul laporan bahawa beliau menerima 'bayaran terlarang' sebanyak AS$2 juta daripada Blatter.


Pegawai tertinggi Fifa itu turut disiasat atas "salah tadbir pengurusan jenayah" semasa memimpin Fifa dengan fokus dakwaan itu ke atas penjualan hak televisyen Piala Dunia 2005 kepada Gabungan Bola Sepak Caribbean.


Seperti semua calon lain, Platini terlebih dahulu perlu 'lulus' ujian ketelusan Fifa sebelum pencalonannya bagi jawatan tertinggi Fifa dapat diterima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >