LONDON: Mauricio Pochettino menegaskan bahawa kekecewaan yang dilalui Tottenham Hotspur baru-baru ini tidak akan menjadi halangan usaha menyemarakkan semula cabarannya dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Perlawanan terakhirnya menentang Leicester City dalam liga domestik yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 Sabtu lalu bermakna Tottenham gagal mengutip mata penuh dalam lima perlawanan terakhir mereka.