Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pochettino: Chelsea perlu ‘rasai perit’ gagal julang Piala Carabao

Feb 26, 2024 | 02:29 PM



LONDON: Chelsea “perlu merasai keperitan” selepas kalah 0-1 kepada Liverpool dalam final Piala Carabao, kata pengurus kelab itu, Mauricio Pochettino.


Selepas pulang dengan tangan kosong, mereka dapat menggunakan kekalahan itu untuk bangkit semula dalam perlawanan seterusnya, ujar beliau.

Liverpool menjulang piala itu di Wembley pada 25 Februari dengan gol jaringan kapten, Virgil van Dijk, dua minit sebelum masa tambahan berakhir.

Bercakap kepada media, Pochettino berkata: “Pemain perlu merasai keperitan. Kami bermain untuk menjulang piala yang kami tidak dapat.

“Kini keadaannya sama saja, apa yang boleh anda katakan kepada saya untuk saya berasa lebih baik? Tidak ada apa-apa.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, pula menganggap kemenangan itu sangat istimewa dalam kerjayanya, terutama selepas beliau mempertaruhkan barisan muda untuk menumbangkan Chelsea.

Beliau menurunkan ramai pemain muda disebabkan krisis kecederaan yang melanda bintang utamanya, termasuk Mohamed Salah, Diogo Jota, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold.

Keadaan itu menyaksikan James McConnell dan Bobby Clark, kedua-duanya berusia 19 tahun; Jayden Danns, 18 tahun, dan Jarrel Quansah, 21 tahun, diberi peluang beraksi.

Sumbangan keempat-empat tonggak muda itu ternyata bermakna dan Liverpool mencipta gol tunggal perlawanan itu menerusi tandukan van Dijk pada minit ke-118.

“Saya diberitahu bahawa anda tidak akan menang piala bersama budak-budak, lupakannya.

“Sepanjang 20 tahun sebagai pengurus, ini adalah piala paling istimewa yang pernah saya menangi.

“Saya sering ditanya apakah saya bangga kerana sesuatu, saya harap saya berasa bangga lebih kerap, tetapi hari ini saya bangga dengan segala-galanya.

“Melihat wajah pemain muda ini selepas perlawanan, Jayden Danns, anda dapat menulis cerita dalam bola sepak yang tidak dapat dilupakan – pemain akademi tampil menentang pasukan kuat dan memenanginya, itu yang kami lakukan,” kata Klopp.

Chelsea, yang juga dikenali sebagai The Blues, mempunyai satu peluang keemasan namun tidak berhasil setelah percubaan Conor Gallagher terkena palang.

Ini kekalahan keenam berturut-turut Chelsea dalam final piala domestik – tiga daripadanya kepada Liverpool – dan ini bermakna Pochettino masih memburu piala pertamanya di England.

Pochettino menambah: “Kami sangat kompetitif dan sekarang kami perlu mara.

“Mereka (pemain) perlu merasai kesakitan seperti kami. Mereka perlu sedar bahawa kita perlu lebih berusaha, melakukan perkara yang lebih baik.” – Agensi berita.

Chelsea akan berdepan dengan Leeds United pada 29 Februari manakala Liverpool bertandang ke Stadium City Ground untuk menentang Nottingham Forest dalam pusingan kelima Piala FA. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >