Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pogba, Ibra kembali cergas bagi Man U

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



LONDON: Penyokong Manchester United mungkin tidak perlu menunggu lebih lama bagi 'kepulangan' Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic apabila kelab Old Trafford itu menerima kunjungan Newcastle United apabila Liga Perdana disambung semula hari ini (1.30 pagi esok waktu Singapura).



Kededua pemain itu, yang menjadi tunggak kejayaan United musim lalu, sudah pun kembali menyertai latihan penuh pasukan dan mungkin dinamakan sebagai pemain simpanan dalam usaha pengurus Jose Mourinho menyesuaikan mereka dengan skuad utamanya.



Ibrahimovic, 35 tahun, berjaya mengatasi kecederaan serius lutut yang mengancam kerjayanya - dialaminya pada April lalu manakala kecederaan Pogba tidak seburuk itu tetapi tunggak midfield Perancis ini tidak bermain sejak masalah kejang otot yang dialaminya pertengahan September.



Tanpa mereka, United gagal mengekalkan prestasi konsisten seperti yang dipamerkan awal musim - sekalipun The Red Devils kini menduduki tangga kedua liga, mereka berada lapan mata di belakang pasukan pendahulu, Manchester City.



Mourinho tentunya mengharapkan keputusan positif dalam usaha terus mengejar City selain bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada juara bertahan liga, Chelsea, awal bulan ini, sebelum liga ini direhatkan bagi perlawanan-perlawanan antarabangsa.



Ibrahimovic, dalam satu wawancara semasa berada di tanah airnya di Sweden baru-baru ini mengatakan bahawa beliau akan kembali semula dengan "lebih gagah" daripada kecederaannya itu.



"Saya berazam kembali dengan lebih kuat dan lebih baik lagi sebelum ini.



"Itulah matlamat saya dan saya yakin dapat mencapainya... tiada pilihan lain," ujar Ibrahimovic sambil melahirkan keghairahan dapat bergandingan dengan penyerang baru pasukan musim ini, Romelu Lukaku.



Dalam pertarungan awal, pengurus Arsenal, Arsene Wenger, memberi amaran bahawa pasukannya berazam membuktikan 'keseimbangan kuasa' di utara London belum lagi memihak kepada Tottenham Hotspur secara tetap apabila kededua jiran dan musuh ketat itu berentap hari ini (8.30 malam ini waktu Singapura).



Selepas berdekad bermegah dengan kedudukannya yang lebih baik daripada pasukan jirannya itu, Wenger dan anak didiknya terpaksa bermain 'kejar-kejar' dengan Spurs sejak setahun lalu.



Tottenham akan tiba di Stadium Emirates dengan kelebihan empat mata serta dijulang keyakinan selepas kemenangan hebat ke atas Real Madrid dalam Liga Juara-Juara awal bulan ini.



Dengan pasukan pimpinan Mauricio Pochettino memendam cita-cita memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, saingan Arsenal agak terhad musim ini - terlepas tempat ke liga elit Eropah selepas menduduki tangga liga di bawah Spurs musim lalu, kali pertama dalam 22 tahun.



Pasukan pimpinan Wenger kini sekadar di tangga keenam - 12 mata di belakang City - dan dijangka perlu bersaing hebat jika mahu merebut empat tangga teratas di akhir musim ini nanti.



Mereka juga belum dapat menewaskan Spurs dalam liga sejak 2014 tetapi apabila ditanya jika pasukan akan turun sebagai underdog (bukan pilihan), Wenger bertegas:



"Tidak, tidak sekalipun.



"Spurs sebuah pasukan yang baik tetapi kami juga mempunyai kualiti untuk memenangi pertarungan ini dan itulah yang kami mahu buktikan."



Dalam perlawanan lain, City pimpinan Pep Guardiola - satu-satunya pasukan yang belum lagi kalah selepas 11 perlawanan liga sejauh ini - pula berharap meneruskan prestasi cemerlang apabila bertandang ke padang Leicester City.



Turut mendambakan kemenangan tentunya juga bos Chelsea, Antonio Conte, apabila The Blue bertandang di padang West Bromwich Albion hari ini. - AFP, Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >