Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Polis dipanggil insiden kekecohan pemain, pegawai Tampines, Tg Pagar

Insiden di penghujung perlawanan dipercayai melibatkan kapten Tampines dengan pegawai kejurulatihan Tg Pagar
Oct 22, 2022 | 05:30 AM



BABAK penghujung perlawanan terakhir musim Liga Perdana Singapura (SPL) yang sengit menyaksikan pegawai polis 'dipanggil' di Our Tampines Hub menyusuli pertembungan pemain dalam pertarungan antara Tampines Rovers dengan Tanjong Pagar United kelmarin.



Menjelang penghujung perlawanan, yang dimenangi Tampines 4-3, ketua jurulatih Tanjong Pagar, Hasrin Jailani, dan pengurus pasukan, Noh Alam Shah, dilihat dengan marah membuat gerak isyarat ke arah tempat duduk penonton, sambil mereka cuba diredakan oleh pegawai pasukan dan SPL.



Menurut laporan The Straits Times (ST), difahamkan bahawa mereka menunjukkan kemarahan itu kepada kapten Tampines, Yasir Hanapi, yang sudah digantikan dan ketika itu berada di tempat duduk penonton di belakang bangku simpanan Tampines.



Beberapa sumber menyatakan Yasir telah bertikam mulut dengan kededua Hasrin dan Alam Shah pada minit ke-86, selepas kekasaran keras oleh pemain pertahanan Tanjong Pagar, Shahrin Saberin, terhadap pemain midfield The Stags (gelaran Tampines), Zehrudin Mehmedovic.



Shahrin dilayangkan kad kuning oleh pengadil dalam insiden tersebut.



Apabila Yasir, pemain midfield Singapura, digantikan seminit kemudian oleh Rezza Rezky, anggota pasukan Tanjong Pagar yang berada di bangku simpanan bercakap kepada pengadil Taqi Jahari dan menunding jari ke arah Yasir ketika beliau keluar dari padang.



Ia tidak jelas pihak mana yang menghubungi polis, tetapi saksi memberitahu ST bahawa pegawai polis kemudian tiba di tempat kejadian.



Menjawab pertanyaan, seorang jurucakap polis berkata: "Pada 20 Oktober 2022 9.50 malam, polis menerima panggilan bantuan di 1 Tampines Walk.



"Setibanya polis, keadaan terkawal. Pihak terbabit dinasihatkan menjaga keamanan dan tiada kecederaan dilaporkan. Tiada lagi bantuan polis diperlukan."



Seorang jurucakap Tanjong Pagar enggan memberi komen tetapi berkata kelab itu akan menunggu laporan pesuruhjaya perlawanan sebelum memutuskan langkah seterusnya.



Pengerusi Tampines, Desmond Ong, juga enggan berkongsi butiran tentang apa yang berlaku, sekadar berkata: "Malangnya permainan bola sepak yang sangat menarik antara dua gaya permainan berbeza telah dibayangi oleh insiden ini menjelang penghujung perlawanan.



"Bola sepak adalah sukan yang penuh semangat, dan seperti kita sudah lihat pada musim ini, semangat itu boleh menjadi terlampau. Akhirnya, ada banyak rasa hormat antara pasukan."



Ong merujuk kepada insiden kekecohan yang mendapat liputan meluas semasa perlawanan pasukannya menentang Lion City Sailors pada Julai lalu.



Ketua jurulatih Sailors ketika itu, bekas penyerang Korea Selatan, Kim Do-hoon, didapati menghantukkan kepalanya ke arah penolong jurulatih Tampines, Mustafic Fahrudin, pada penghujung perlawanan yang dimenangi Sailors 2-1. Sebagai tindakan balas, Fahrudin kemudiannya dilihat cuba mencekik leher Kim.



Kedua-duanya kemudian didapati bersalah bertindak ganas pada 10 Ogos dan dikenakan larangan tiga perlawanan dan denda $2,000 untuk Kim, dan $3,000 untuk Fahrudin.



Di samping itu, Sailors dan Tampines dikenakan denda $5,000 setiap pasukan kerana kelakuan pemain mereka yang terlibat dalam kekecohan selepas perlawanan.



Kim meninggalkan Sailors kurang 24 jam selepas hukuman dijatuhkan.



Musim SPL melabuh tirainya semalam dengan pasukan Jepun, Albirex Niigata, sudah pun dinobatkan sebagai juara.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >