Polis siasat pergaduhan semasa perlawanan Piala FA antara Safsa dan Balestier

SATU perlawanan pusingan pertama Piala Persatuan Bola Sepak (FA) melibatkan pasukan amatur dihentikan dek satu pergaduhan pada Sabtu (1 Okt) malam.

Perlawanan antara Kelab Rekreasi Balestier United dan Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura (Safsa) di Stadium Gombak itu dihentikan oleh pengadil pada minit ke-88, sedang Safsa mendahului 2-1.

Ini berlaku selepas seorang pemain daripada setiap pasukan itu dibuang padang.

Pemain Safsa, Fuad Ramli, dibuang padang kerana menendang lawan, manakala pemain Balestier, Masnashzreen Masturi, kerana didakwa menumbuk Fuad.

Satu pertengkaran antara pemain Balestier dan kapten pasukan Safsa, Syafiq Siraj, yang tidak bermain dan menonton dari luar, menyusuli dan Syafiq kemudian dikejar ke tempat duduk penonton.

Beliau kemudian memuat naik video kejadian itu, yang dirakam oleh seorang pemerhati, di Facebook.

Ia menunjukkan seorang lelaki memakai baju kelabu, dipercayai beliau, berlari melintasi trek lari untuk mengelakkan sekumpulan lelaki yang memakai jersi bola sepak kelabu jalur-jalur, sebelum mereka menahan dan mula memukulnya.

Dalam pos yang disertakan, yang kemudian diturunkan pada petang Ahad, Syafiq mendakwa orang yang menyerangkannya lebih ramai dan dan ibu serta seorang rakan sepasukannya, Faris Azienuddin, cuba melindunginya daripada tumbukan dan tendangan.

Serangan itu akhirnya dihentikan oleh pemain dan pegawai Safsa lain. Pegawai polis kemudian tiba di tempat kejadian.

Syafiq, yang pernah bermain di Liga Perdana separuh profesional bagi Warriors FC dan Tampines Rovers, berkata beliau dan ibunya dihantar ke hospital. Mereka telah membuat laporan polis.

Jurucakap polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,322.220 -32.490