Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PORTUGAL LWN SWITZERLAND

Portugal sandarkan harapan kepada Ronaldo

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



DENGAN hanya satu gol - menerusi sepakan penalti - dalam tiga penampilannya di Qatar, apakah Cristiano Ronaldo patut diberikan kepercayaan pengurus Fernando Santos untuk terus memimpin serangan Portugal?



Portugal berdepan Switzerland dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir pagi esok dalam percubaan mereka menempah tiket ke suku akhir Piala Dunia 2022.



Portugal hanya pernah sekali menjejakkan kaki dalam suku akhir Piala Dunia pada 1966.



Kapten Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti ketika Portugal menewaskan Ghana 3-2 dalam perlawanan pembukaan mereka.



Beliau kemudian membimbing serangan apabila Portugal menjamin tempat di pusingan 16 pasukan terakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Uruguay.



Ronaldo menyangka beliau telah menanduk masuk gol pertama itu, tetapi ia akhirnya dinafikan dan diberikan kepada Bruno Fernandes, yang menghantar bola itu - sensor dalam bola berteknologi tinggi Adidas kemudiannya mendedahkan beliau tidak pernah menyentuh bola tersebut.



Ikon Portugal berusia 37 tahun itu mengekalkan tempatnya apabila Santos menamakan kesebelasan utama yang banyak diubah untuk merehatkan pemain utama, tetapi beliau melakukan kesilapan besar bagi gol penyamaan Korea Selatan ketika mereka bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1.



Berbanding prestasi pencabar terdekatnya, Lionel Messi (tiga gol), dan bintang yang semakin meningkat naik, Kylian Mbappe (lima gol), di Qatar, persembahan Ronaldo boleh dianggap hambar sejauh ini.



Santos, bagaimanapun, dapat menurunkan senjata lain daripada skuadnya menentang Switzerland.



Rafael Leao, Joao Felix, Guedes, Andre Silva dan Goncalo Ramos ialah antara pemain yang mampu menyerlah sekiranya diberi lebih peluang beraksi.



Tetapi, setakat ini, mereka terpaksa berada dalam bayangan Ronaldo yang sering dipilih sebagai penyerang utama pasukan.



Dalam pada itu, Switzerland sedar bahawa mereka bukan pasukan pilihan untuk menang perlawanan menentang Portugal, tetapi mereka juga tahu gelaran pilihan itu tidak bermakna apa-apa dalam Piala Dunia ini.



Edisi Qatar 2022 tidak kekurangan kejutan, termasuk kekalahan Portugal dalam perlawanan terakhirnya.



Switzerland tidak perlu berfikir lama untuk mengimbas kembali kemenangan mereka sendiri menentang Portugal. Ini adalah pertembungan ketiga antara kedua-dua pasukan pada 2022, dengan Haris Seferovic menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 dalam pertemuan terakhir mereka di Liga Negara-Negara.



Malah, Switzerland juga menewaskan Portugal 2-0 dalam satu-satunya pertembungan sebelum ini pada kejohanan utama di Euro 2008.



"Kami tahu bagaimana untuk mengalahkan mereka," kata pemain Switzerland Xherdan Shaqiri. "Ini akan menjadi perlawanan yang sepenuhnya berbeza.



"Terdapat banyak tekanan yang diletakkan kepada kedua-dua pasukan, dan sesiapa yang kalah akan pulang. Ini akan menjadikannya permainan yang lebih menarik.



"Portugal adalah pasukan pilihan untuk menang, tetapi saya melihat bagaimana Argentina (ketika lawan Australia) yang ramai menjangka mereka untuk mudah mengatasi lawan tetapi kemudian mengalami banyak kesukaran.



"Sama seperti Australia menimbulkan masalah kepada Argentina, dengan gaya permainan istimewa daripada pihak kami, kami boleh menimbulkan banyak masalah kepada Portugal."



Switzerland tidak pernah memenangi tiga perlawanan dalam satu-satu Piala Dunia, tetapi meraih enam mata dalam Kumpulan G, hanya perbezaan gol yang memisahkan mereka daripada pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan, Brazil.



Mereka tidak pernah mara ke suku akhir sejak menganjurkan kejohanan itu pada 1954.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >