Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Postecoglou bingung Spurs kalah teruk pada Chelsea

Masdhasdashjashjsad
Nov 07, 2023 | 03:53 PM



LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, berkata adalah mustahil untuk menganalisis kekalahan 4-1 pasukannya di tangan Chelsea, selepas permulaan baiknya dalam Liga Perdana England (EPL) berakhir dengan penuh huru-hara dan kontroversi.


Tottenham mendahului pada minit keenam tetapi berakhir dengan hanya sembilan pemain selepas Cristian Romero dan Destiny Udogie dibuang padang dan hanya empat daripada kesebelasan utama mereka masih berada di padang apabila wisel penamat dibunyi petanda selesai sudah perlawanan itu.

Lima gol dibatalkan, beberapa keputusan video penolong pengadil (VAR) dibuat, masa tambahan selama 21 minit dan kecederaan ke atas dua pemain utama membuat Postecoglou kelihatan sebingung semua orang lain, sedang pasukannya terlepas peluang menduduki tangga teratas liga.

“Amat sukar untuk saya proses semuanya. Hampir mustahil untuk menganalisis perlawanan itu kerana nampaknya sebahagian besarnya di luar kawalan,” kata pengurus asal Australia itu, individu di sebalik prestasi cemerlang Spurs pada awal musim ini.

“Kecewa akan keputusan ini namun bangga dengan para pemain, mereka memberikan segala-galanya dan inilah satu perkara positif yang kami ambil (daripada perlawanan itu),” tambahnya.

Sejurus gol pembukaan Spurs selepas bola mengena Dejan Kulusevski, percubaan kapten pasukan tuan rumah, Son Heung-min, dibatalkan kerana dikatakan ofsaid.

Namun, semuanya berubah selepas gol penyamaan Moises Caicedo juga dibatalkan selepas pemeriksaan VAR mendapati beliau dalam keadaan ofsaid.

Dan dalam kejadian itu, Romero didapati mengasari Enco Fernandez dalam petak penalti, lalu dilayangkan kad merah dan penalti diberi kepada Chelsea.

Cole Palmer dengan tenang menjaringkan penalti itu meskipun ia cuba ditepis keluar penjaga gawang Spurs, Guglieilmo Vicario.

Selepas banyak diperkata tentang perkara yang betul dan silap tentang VAR sepanjang minggu lalu, termasuk oleh pengurus Arsenal, Mikel Arteta, kini giliran Postecoglou pula mempersoalkannya.

“Saya rasa akan ada banyak kajian tentang setiap keputusan yang dibuat (pengadil), saya rasa itulah cara permainan ini sedang berjalan dan saya tidak menyukainya,” kata beliau.

“Jika anda lihat situasi kami semua berdiri (menunggu semakan VAR) hari ini, mungkin orang ramai menikmati perkara seperti itu, tetapi saya lebih suka melihat kami bermain bola sepak.

“Anda perlu menerima keputusan pengadil, itulah cara saya membesar. Penghakisan berterusan kewibawaan pengadil adalah hala tuju permainan ini – mereka tidak akan mempunyai sebarang kuasa,” kata Postecoglou.

Meskipun bermain dengan hanya sembilan pemain, Spurs terus melancarkan serangan, sebelum Nicolas Jackson meletak Chelsea di hadapan pada minit ke-75, walaupun ia sekali lagi melibatkan semakan VAR kerana kelihatan pemain Senegal itu berada dalam keadaan ofsaid.

Jaringan pemain pertahanan Spurs, Eric Dier, juga dibatalkan kerana ofsaid dan percubaan Son pula diselamatkan oleh Robert Sanchez.

Jackson akhirnya mendapat hatrik dalam perlawanan itu menerusi jaringannya pada masa tambahan – minit ke-90+4 dan minit 90+7.

Kekalahan itu memang sukar ditelan, namun yang lebih membimbangkan ialah Spurs akan ketiadaan Romero, yang digantung perlawanan, sementara rakan pertahanannya, Micky van de Ven, mengalami kecederaan hamstring agak serius.

Tidak cukup dengan itu, pemain utama mereka, James Maddison, yang bermain amat baik sepanjang musim ini, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan buku lali. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >