Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Lim Kia Tong, meninggal dunia hari ini (14 September). Mendiang berusia 70 tahun.
Mendiang meninggalkan isteri, dan dua anak - seorang anak perempuan berusia 31 tahun dan anak lelaki berusia 30 tahun - yang merupakan peguam sepertinya.
Lim, yang merupakan peguam selama lebih 40 tahun dan memimpin jabatan jenayah di Hin Tat Augustine and Partners, merupakan presiden dilantik pertama FAS apabila pasukannya, Team LKT, menewaskan Pasukan Game Changers pimpinan Encik Bill Ng pada 2017.
Beliau dilantik semula empat tahun kemudian tanpa bertanding.
FAS menganggap Lim sebagai seorang "pekerja berdedikasi dalam sukan yang dicintainya" dan berkata ia akan peruntukkan sebuah ruang di lobi pejabatnya di Stadium Jalan Besar bagi mereka yang ingin memberi penghormatan mulai esok (15 September).