Presiden FIFA Sepp Blatter letak jawatan

SEPP BLATTER telah mengumumkan keputusannya meletak jawatan, kurang seminggu beliau dilantik semula sebagai presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); berlatar skandal rasuah dan laporan beliau sedang disiasat di Amerika Syarikat.

Di taklimat khas bagi membuat pengumuman itu, Blatter, 79 tahun berkata beliau akan menyeru kongres luar biasa FIFA 'secepat mungkin' bagi melantik president baru.

Mingu lalu, Blatter diundi semula sebagai presiden FIFA, dua hari selepas tujuh pegawai utama FIFA diberkas polis di Zurich, Switzerland.

Blatter berkata:

"Mandat saya nampaknya tidak mendapat sokongan setiap pihak." - AFP, REUTERS

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.