Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Prestasi United membimbangkan, tapi ten Hag tetap yakin

Nov 01, 2023 | 02:32 PM



LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, masih yakin bahawa pasukannya sedang menghala ke arah peningkatan walaupun mereka baru mengalami kekalahan yang memalukan di Old Trafford oleh Manchester City pada 29 October.


Mereka akan menentang Newcastle di pusingan keempat Piala Carabao pada 2 November – ulangan peringkat akhir Piala EFL musim lalu yang dimenangi United 2-0.

Perlawanan ini berlangsung tiga hari selepas kekalahan 3-0 di tempat sendiri kepada City.

“Tidak ada gunanya rasa kecewa dengan diri sendiri,” kata ten Hag.

“Saya kekal percaya kepada pemain-pemain saya,” tambah beliau.

Kekalahan pada Ahad di tangan City merupakan kekalahan kelima daripada tujuh perlawanan dalam Liga Perdana England (EPL). Gaya pengurusan ten Hag kian dipersoalkan.

Senarai pemain United yang cedera barangkali menjadi salah satu faktor prestasi tidak konsisten, dan ketidakpastian pemilik kelab tersebut juga tidak membantu.

Namun, pemilik Manchester United memilih untuk berdiam diri dan mengekalkan kepercayaan mereka terhadap ten Hag dan akur bahawa hanya keputusan baik yang dapat memperbaiki suasana muram dalam pasukannya.

Ten Hag percaya bahawa mereka akan meraihkan keputusan baik pada masa akan datang.

“Walaupun ini bukan permulaan musim yang kami harapkan, saya pasti kami mempunyai bakat dan sikap kolektif untuk menuju ke kejayaan,” kata beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >