Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Program gabung latihan bola sepak, tuisyen bagi belia di Yishun

Jan 25, 2015 | 05:30 PM



KANAK-KANAK dan belia berbakat daripada keluarga kurang bernasib baik di kawasan perumahan Yishun kini berpeluang menyertai satu program inovatif bagi membolehkan mereka mendapatkan latihan bola sepak secara profesional di samping megikuti satu skim mentor tuisyen yang bertujuan menyokong dan menggalakkan pembangunan belia menerusi sukan.


Program yang dikenali sebagai Program Bola Sepak Sambil Belajar Nee Soon (NSFSP) dan diusahakan oleh Pertubuhan Akar Umbi Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Nee Soon dengan kerjasama Akademi Bola Sepak F-17 milik legenda bola sepak Fandi Ahmad itu dilancarkan pagi tadi.


Seramai 80 kanak-kanak dan belia dari usia tujuh hingga 16 tahun di kawasan perumahan Yishun menyertai program tersebut yang membolehkan mereka menjalani latihan mingguan di bawah bimbingan jurulatih mapan seperti Fandi Ahmad, Steven Tan dan bekas bintang bola sepak negara lain.


Selain menjalani latihan itu, mereka akan diberi bimbingan tuisyen dan mengikuti kegiatan pembangunan akhlak.


Idea mengadakan program inovatif itu tercetus daripada satu perbualan antara Encik K. Shanmugam, Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, yang juga Anggota Parlimen serta Penasihat Akar Umbi GRC Nee Soon dengan Fandi.


"Ia (program ini) satu inisiatif besar melibatkan banyak pihak berkepentingan di Nee Soon; sekolah, ibu bapa dan anak-anak mereka, sukarelawan yang bersedia memberikan khidmat tuisyen dan pemimpin akar umbi.


"Anda dapat melihat keghairahan kanak-kanak dan belia yang mengambil bahagian - lelaki dan perempuan. Mereka penuh bertenaga, ada yang berbakat tetapi tidak berpeluang berlatih.


"Jadi, program ini menggabungkan kededua latihan bola sepak dan belajar untuk membantu golongan ini. Saya berharap akan lahir beberapa bintang negara masa depan daripada program ini," kata Encik Shanmugam.


Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >