Sebagai sebahagian daripada Minggu Golf Persatuan Golf Singapura (SGA), satu program pendekatan dengan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) telah dianjurkan.
Ia berlangsung di Kelab Keppel pada Khamis.
Antara lain, jurulatih nasional SGA, Murray Smit bersama beberapa anggota skuadnya telah memperkenalkan sukan itu kepada para peserta di tiga stesen – Range Driving, Green Putting dan sesi bilik darjah mengenai pengenalan kepada golf.