Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

West Ham atasi Derby untuk mara hadapi Man U

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



LONDON: West Ham menempah tempat dalam pusingan kelima Piala FA - dan akan menentang Manchester United - setelah gol jaringan Jarrod Bowen dan Michail Antonio menyaksikan mereka menewaskan Derby County kelmarin.



Bowen meletak West Ham di hadapan pada separuh masa pertama dan Antonio menggandakan gol West Ham dalam babak kedua.



Meskipun berada di tangga corot Liga Perdana England (EPL), West Ham tidak kelihatan diancam oleh Derby, yang sedang merebut tempat untuk promosi ke League One.



West Ham akan meneruskan kemaraannya memburu final Piala FA bagi kali pertama sejak 2006 dengan bertandang ke Old Trafford.



Pengurus West Ham, David Moyes, mengurus United sekejap pada musim 2013-2014 selepas Alex Ferguson bersara.



"Saya sangat menantikan perlawanan akan datang itu. Saya rasa ia perlawanan yang sangat bagus untuk kami di West Ham," katanya.



"Saya fikir mungkin pada masa ini itulah perlawanan yang kami perlukan kerana saya fikir kami mempunyai pemain yang mahu bermain di pentas besar dan pemain yang boleh bermain di pentas besar.



"Tiada lebih besar daripada Old Trafford, jadi saya berkata kepada pemain saya, 'Ayuh, mari kita menghadapinya dan mencabar mereka'," ujar Moyes.



Sungguhpun menang ke atas Derby, keluar daripada tangga corot EPL adalah keutamaan bagi pasukan yang dikenali sebagai 'The Hammers' itu.



Mereka sekarang di tangga ke-16 liga, hanya satu mata di atas zon penyingkiran.



Moyes membuat enam perubahan berikutan kemenangan penting 2-0 ke atas Everton, yang juga sedang terkial-kial dalam zon penyingkiran EPL.



Hanya 12 bulan lalu, keadaan kucar-kacir bagi Derby kerana kelab itu hampir lingkup selepas ia memasuki pentadbiran dan disingkir ke liga peringkat ketiga buat kali pertama sejak 1986.



Akhirnya pada Julai tahun lalu, penyokong tegar David Clowes membeli kelab itu daripada Mel Morris dan dapat menyuntik nafas baru.



Kelab kendalian Paul Warne itu sekarang kini menduduki tangga keempat League One dan meskipun tidak layak ke pusingan seterusnya Piala FA, mereka akan merebut tempat bagi promosi ke peringkat liga seterusnya.



Pemain sayap West Ham Antonio kelihatan bak menemui taringnya semula selepas menjaringkan gol pertama melalui hantaran jauh yang disempurnakannya dari jarak dekat.



Dalam perlawanan sebelum ini, menentang Everton, pemain berusia 26 tahun itu juga berjaya membolos gawang lawan pada minit ke-10.



Moyes berkata Antonio tidak akan dijual menjelang tarikh akhir pemindahan hari ini selepas pemain itu kelihatan meletakkan hasrat meninggalkan West Ham, di sebalik laporan mengenai minat daripada Everton.



Dengan kecederaan Gianluca Scamacca dan Danny Ings, Antonio satu-satunya penyerang West Ham yang cergas.



Dalam pada itu, Wrexham bakal menentang Tottenham jika pasukan bukan liga itu mengatasi Sheffield United dalam ulangan perlawanan pusingan keempat.



Wrexham, yang bermain dalam liga peringkat kelima, seri 3-3 dengan Sheffield United dalam perlawanan Ahad lalu.- AFP.




Pusingan kelima: Man City temui pasukan liga Championship 



PASUKAN Liga Perdana England (EPL) Man chester City bakal berhadapan dengan pasukan liga Championship Bristol City dalam pusingan kelima Piala FA.



Menurut satu laporan BBC, lima daripada lapan perlawanan tergantung pada perlawanan semula.



Ini termasuk perlawanan antara pasukan bukan liga Wrexham dan Sheffield United, dengan pemenangnya bakal mengehos Tottenham Hotspur.



Jika Luton Town menewaskan Grimsby Town, mereka akan menghadapi Southampton, pasukan yang dipimpin bekas pengurus mereka Nathan Jones.



Leicester City akan menentang pemenang perlawanan antara Blackburn Rovers dan Birmingham City.



Pemenang perlawanan antara Fulham dan Sunderland akan berdepan Leeds United.



Sekurang-kurangnya satu pasukan Liga Bola Sepak England akan layak ke suku akhir, dengan Ipswich Town atau Burnley menentang Sheffield Wednesday atau Fleet wood Town



Dua lagi perlawanan pusingan kelima yang sudah ditentukan ialah antara West Ham dan Manchester United di Old Trafford, selepas West Ham menewaskan Derby County daripada League One 2-0 kelmarin, dan Brighton, yang menyingkirkan Liverpool Ahad lalu, bertandang ke Stoke City.



Semula perlawanan pusingan kelima akan berlangsung pada minggu 1 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >