LONDON: Pemain pertahanan Queens Park Rangers, Steven Caulker, memberi amaran bahawa Manchester United bakal menghadapi tentangan sengit daripada kelab kedua tercorot dalam Liga Perdana itu apabila mereka bertandang ke Stadium Loftus Road esok.
Kemenangan ke atas United pastinya mengurangkan tekanan ke atas pengurus QPR, Harry Redknapp, yang menghadapi bahaya dipecat selepas beberapa pemain yang dibelinya pada awal musim gagal menyerlah.