RAGBI menyertai senarai glamor yang termasuk lumba kereta Formula Satu dan kejohanan elit Persatuan Tenis Wanita (WTA) sebagai tarikan utama sukan di negara ini apabila pertandingan berprestij Siri Tujuh Sepasuk Dunia dianjurkan di sini mulai April tahun depan.
Mengesahkan pemilihan Singapura - yang menyertai Vancouver, Sydney dan Cape Town - sebagai tuan rumah baru siri kejohanan sebanyak 10 pusingan itu, presiden Kesatuan Ragbi Singapura (SRU), Low Teo Ping, melahirkan keyakinan melihat fiesta ragbi selama dua hari itu akan berlangsung dengan jayanya di Stadium Negara yang serba baru dan gah di Hab Sukan.