JURULATIH ragbi lelaki nasional, Ismail Kadir, meluahkan keyakinan pasukannya mempunyai peluang baik memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Jun ini.
Namun, untuk mencapai impian itu, selain latihan rapi pada pagi dan malam yang dijalankan hampir setiap hari, pasukan nasional juga memerlukan bantuan sokongan penduduk setempat.