BAK terpaku di tangga ketujuh, pasukannya hanya berada lima mata di atas pasukan corot, tetapi jurulatih Warriors FC, Razif Onn, berkata beliau yakin dapat mengubah nasib mereka selepas membuat beberapa perubahan perlu.
Warriors mengikat Tampines Rovers 0-0 dalam perlawanan Liga-S Great Eastern-Yeo's di Stadium Choa Chu Kang kelmarin - keputusan yang baik memandangkan Tampines antara gergasi setempat, kata Razif, yang memimpin pasukan buat julung-julung kali musim ini dalam perlawanan itu.