MADRID: Real Madrid hampir menjulang mahkota La Liga selepas membaham Celta Vigo 4-1 kelmarin, dengan pemain bintangnya, Christiano Ronaldo, menjaringkan dua gol.
Juara Eropah itu mendahului Barcelona dengan tiga mata di atas persada liga dan kini perlu mengelak tumbang di tangan Malaga Ahad ini bagi memastikan kejuaraan liga pertamanya dalam lima tahun.