SUKAN OLIMPIK RIO 2016

Rekod Asia dan tempat di sejarah sukan negara bagi Schooling

JOSEPH Schooling mencipta rekod Asia dan menjadi perenang lelaki nasional pertama melayakkan diri ke final Olimpik selepas memenangi separuh akhir acara 100 meter gaya kupu-kupu di Pusat Akuatik Olimpik pada Jumaat (12 Ogos).

Schooling, 21 tahun, mencatat masa 50.83 saat bagi melayakkan diri ke final sebagai peserta terpantas, mendahului juara dunia Chad Le Clos dari Afrika Selatan dan juara bertahan Michael Phelps.

Rakan sepasukan, Quah Zheng Wen mencatat masa 52.26 saat dan gagal melangkah ke final.

Final acara ini dijadual berlangsung dari 9 pagi Sabtu (13 Ogos) dan disiarkan secara langsung di saluran Okto.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.