MUNICH: Bayern Munich merosakkan rekod sempurna Paris St Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara ini apabila menewaskan pasukan Perancis yang sedang 'terbang tinggi' itu 3-1 di Allianz Arena sekalipun ia masih gagal menghalang PSG daripada muncul sebagai juara Kumpulan B.
Dengan kededua pasukan sudah pun menjamin tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir, dua gol jaringan Corentin Tolisso dan satu gol Robert Lewandowski memberikan harapan kepada Bayern mencatatkan kejayaan yang luar dugaan itu - menang dengan kelebihan empat gol untuk menjuarai kumpulan mereka.