Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rekod tanpa kalah ranap, Geylang tewas 1-3 kepada Hougang

Apr 07, 2016 | 09:25 PM



HASRIN Jailani mungkin rela menerima keputusan seri di wisel penamat di Stadium Hougang semalam.

Walau membuka tirai jaringan, 'pakar seri' Geylang International tewas 3-1 kepada Hougang United dalam perlawanan Liga S Great Eastern-Yeo's, meranapkan rekod tanpa kalah selepas tujuh perlawanan.

Carlos Delgado menjaringkan gol pertama pada minit ke-13 menerusi tendangan penalti, tetapi Hougang bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua. Stipe Plazibat menjaringkan gol keempat peribadi menerusi tendangan penalti, sebelum Faiz Salleh memperdaya Syazwan Buhari dengan tandukan melambung hasil satu tendangan sudut. Raihan Rahman menjaringkan gol terakhir pada minit ke-87, sejurus selepas beliau mengalami kekejangan otot.

Perlawanan yang disaksikan sekitar 2,000 penonton itu bermula perlahan, dengan kededua pasukan bergelut mencipta sebarang gol ketara.

Namun permainan menjadi lebih terbuka selepas Hougang menyamakan kedudukan.

Sebelum perlawanan in, Geylang telah seri lima daripada enam perlawanan pertama. Ia kekal di tangga ke-enam dengan lapan mata.

Kemenangan ini membenarkan Hougang - yang mengakhiri musim lalu di kaki liga - meloncat ke tangga kedua liga - sekurang-kurangnya buat 24 jam - dengan 13 mata, satu mata di belakang pendahulu Tampines Rovers yang menewaskan Balestier Khalsa 1-0 di Stadium Jurong West.

Albirex Niigata, yang kini mempunyai 11 mata, beraksi esok, menentang Home United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >