MEREKA berdua berada di ambang sejarah hari ini - berpeluang menamatkan kemarau pingat emas pasukan tinju negara dalam Sukan SEA sejak 30 tahun lalu.
Namun, Mohamed Hanurdeen Hamid dan Tay Jia Wei tidak menunjukkan sebarang tanda dibebani jangkaan tinggi itu, sebaliknya relaks dan ghairah mahu beraksi dalam pertarungan 'terbesar' masing-masing dalam temasya sukan dwitahunan ini.