VIGO (Sepanyol): Gol separuh masa kedua daripada rembatan kencang Marcus Rashford meletak Manchester United di ambang final Liga Europa, selepas pasukan itu bertungkus lumus menjinakkan Celta Vigo 1-0 di sini, dinihari semalam.
Penjaga gawang Celta, Sergio Alvarez, beraksi cemerlang sepanjang babak pertama permainan untuk menafikan Rashford, Henrikh Mkhitaryan dan Jese Lingard dalam perlawanan pertama separuh akhir itu.