Renang: Joseph Schooling catat rekod nasional, layak ke separuh akhir 100 meter gaya kupu-kupu

JOSEPH Schooling mencatat rekod nasional dalam acara kedua di Kejohanan Dunia selepas melengkapkan perlumbaan 100 meter gaya kupu-kupu dalam masa 51.65 saat.

Masa yang dicatatkannya itu menjamin tempatnya di separuh akhir pada 11.30 malam ini (7 Ogos) sebagai peserta kelima terpantas.

Awal minggu ini, Schooling, 20 tahun mencatat rekod nasional dan juga rekod Asia bagi acara 50 meter gaya kupu-kupu. Beliau menjadi peserta Singapura pertama melayakkan diri ke final sejak 1986 - apabila Ang Peng Siong meraih tempat keempat dalam acara 50 meter.

Schooling masih memburu pingat pertama di Kejohanan Dunia Fina 2015 yang sedang berlangsung di Kazan, Russia.

Beliau meraih tempat ketujuh dalam final 50 meter gaya kupu-kupu; dan tidak melayakkan diri ke final acara 200 meter gaya kupu-kupu.

Kelmarin, Schooling dinobat sebagai Atlit Lelaki Terbaik negara di malam Anugerah Sukan Singapura 2015.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.