KEJOHANAN DUNIA FINA 2015

Renang: Schooling catat rekod nasional, layak diri ke separuh akhir acara 50m gaya kupu-kupu

PERENANG Joseph Schooling memulakan kempen kejohanan dunia di Kazan Russia dengan baik, mencatat masa kelima terpantas di peringkat saringan acara 50 meter gaya kupu-kupu bagi melayakkan diri ke separuh akhir.

Berlumba di lorong bersebelahan juara bertahan Cesar Cielo dari Brazil, Schooling memenangi perlumbaan saringan dengan masa 23.40 saat - satu rekod nasional - bagi menempah tempat di separuh akhir yang dijadual sekitar 11 malam pada Ahad (2 Ogos).

Beliau perlu mencatat sekurang-kurangnya masa kelapan terpantas di separuh akhir bagi mara ke final esok (Isnin, 3 Ogos).

Sementara itu, Quah Ting Wen mencatat masa 1 min 00.30 saat (1.00.30) dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu perempuan bagi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-36 antara 69 peserta.

Beliau tidak melayakkan diri ke separuh akhir.

Rakan sepasukan Danny Yeo menamatkan acara 400 meter gaya bebas sebagai peserta ke-40 terpantas dalam kalangan 58 peserta dan tidak melayakkan diri ke final.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.