Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rodgers disingkir, Klopp dipilih pimpin Liverpool

Oct 05, 2015 | 09:30 AM



LONDON: Pengurus kelab bola sepak Liverpool, Brendan Rodgers, telah dipecat dan tempatnya kini diambil alih oleh Jurgen Klopp yang menandatangani kontrak bersama Liverpool selama tiga tahun.


Bekas pengendali Borussia Dortmund mengikat kontrak selepas Rodgers dipecat menyusuli keputusan seri 1-1 dengan Everton di Goodison Park malam tadi (waktu Singapura).


"Kelab Bola Sepak Liverpool mengumumkan bahawa Brendan Rodgers akan meninggalkan jawatannya serta-merta sebaik sahaja kontraknya ditamatkan...


"Proses mencari pengurus baharu sedang berjalan," jelas kenyataan kelab itu di laman rasminya awal pagi tadi.


Rodgers yang menyertai Liverpool pada tahun 2012, hampir membawa skuad ini menjuarai liga perdana England pada tahun 2014.


"Kami menghargai dan berterima kasih kepada Brendan Rodgers di atas usaha gigih dan komitmennya sepanjang berada di kelab ini," jelas satu kenyataan bersama pemilik Fernway Sports Group, John Henry, pengerusi Tom Werner dan presiden Mike Gordon di laman tersebut.


"Walaupun keputusan ini sukar dibuat, kami percaya ia boleh memberi peluang yang lebih baik demi kejayaan di padang.


"Impian dan kemenangan sentiasa dihati kami dan percaya perubahan ini bakal memberi peluang yang lebih baik".


Penyokong skuad The Reds melaungkan nama Klopp untuk dilantik sebaik saja pengumuman pemecatan Rodgers diketahui.


Pelantikan Klopp dijangka diumumkan hari ini.


Klopp tiba di Liverpool dengan reputasi hebat dan bakal dibantu Zeljko Buvac dari Bosnia. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >