LONDON: Pengurus Liverpool Brendan Rodgers menegaskan bahawa pasukannya sedang meningkatkan prestasi tepat pada masanya selepas pasukan dari Anfield itu menempah tempat ke suku akhir pertandingan Piala FA.
Rodgers melahirkan keyakinan itu selepas menyaksikan Daniel Sturridge dan Adam Lallana membantu Liverpool bangkit mengatasi Crystal Palace 2-1 awal pagi semalam.