Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldinho buka akademi bola sepak samba di S'pura

HAKIM YUSOF
Dec 10, 2015 | 07:06 PM



BEKAS bintang Brazil Ronaldinho Gaucho telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MOU) bersama kelab Liga-S Tampines Rovers dan International Football Group untuk menubuhkan Akademi Bolasepak Ronaldinho di sini.


MOU yang dimeterai di SKY ION Orchard petang tadi itu akan menjadi langkah pertama bagi program pertukaran jurulatih, pemain dan pegawai antara Brazil dengan Singapura demi pembangunan bola sepak belia.


Akademi Bola Sepak Ronaldinho akan berada di bawah naungan Akademi Bola Sepak Tampines Rovers, yang kini sedang dijalankan bagi Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East di Sekolah Menengah Greenview.


Ketika menandatangani MOU itu, pengerusi Tampines Rovers Encik Krishna Ramachandra berkata kelabnya amat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu nama terbesar dalam bola sepak antarabangsa.


"Kami amat berbesar hati dan teruja menjadi rakan kongsi Ronaldinho di Singapura," kata beliau.


Encik Krishna juga menambah penubuhan akademi ini boleh memberikan "lebih kreativiti" kepada corak permainan Singapura pada masa kelak.


Akademi Bola Sepak Ronaldinho akan menjadi akademi pertama di Singapura yan dikaitkan dengan bintang bola sepak terkemuka.


Selain menubuhkan akademi bolasepak di sini, Ronaldinho, juga telah mempromosikan skuter elektrik beliau yang dinamakan 'Ronaldinho Scooters'.


Ronaldinho juga akan membuat lawatan ke Insititut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Sentral esok sebelum berangkat ke Xiamen, China untuk menubuhkan akademinya yang kedua di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >