Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Ronaldo akan balik Eropah sebelum gantung but'

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Jurulatih Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al-Nassr, mendakwa bahawa penyerang itu akan 'kembali ke Eropah' sebelum bersara daripada bola sepak.



Bintang penyerang itu baru sahaja berpindah ke kelab Arab Saudi itu bulan lalu, dari gergasi dunia Manchester United, tetapi khabar angin mengenai masa depannnya sudah mula diperkatakan.



Dan kali ini, jurulatihnya sendiri menambah kehangatan pada khabar angin tersebut.



Rudi Garcia mendakwa pemenang anugerah Ballon d'or sebanyak lima kali itu akan menghabiskan musim terakhirnya di Eropah sebelum menggantung but.



Ketua jurulatih Al-Nassr, Garcia berkata:



"Cristiano Ronaldo adalah penambahan yang positif kepada pasukan kami, kerana beliau sentiasa menyukarkan pertahanan lawan.



"Kami bertuah memiliki pemain seperti beliau, kerana kesan kehadirannya akan berkekalan dan melampaui keputusan di padang, bahkah seluruh pembangunan kelab ini."



Jurulatih berusia 58 tahun itu kemudian menambah: "Ronaldo adalah seorang daripada pemain terbaik di dunia. Beliau tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, beliau akan kembali ke Eropah."



Garcia bercakap selepas pasukannya kalah 1-3 kepada Al Ittihad pada separuh akhir Piala Super Arab ketika Ronaldo gagal mencatatkan sebarang jaringan.



Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid masih belum meledak bersama kelabnya dalam Saudi Pro League selepas beraksi sekali dalam pertandingan kompetitif. - Reuters




"Ronaldo adalah seorang daripada pemain terbaik di dunia. Beliau tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, beliau akan kembali ke Eropah."



- Rudi Garcia, Jurulatih Al-Nassr.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >