Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH BALLON D'OR

Ronaldo atasi Messi lagi sekali

Dec 09, 2017 | 05:30 AM



PARIS: Superstar Portugal, Cristiano Ronaldo  kelmarin dinamakan sebagai pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik dunia Ballon d'Or - kali kelima beliau diberikan anugerah berprestij itu sekali gus menyamai pencapaian seterunya yang juga penyerang Argentina, Lionel Messi, sebagai penerima anugerah untuk kali yang terbanyak.



Anugerah itu - yang diberikan majalah Bola Sepak Perancis - juga adalah kali kedua berturut-turut bagi bintang Real Madrid ini selepas menjadi tunggak kejayaan kelabnya menjuarai La Liga dengan menyumbangkan 25 gol serta kejuaraan berganda Liga Juara-Juara musim lalu.



Di kejohanan elit Eropah itu, Ronaldo turut menjaringkan 12 gol termasuk dua gol semasa menewaskan Juventus 4-1 dalam final.



Ronaldo, 32 tahun, menerima trofi Ballon d'Or terbarunya itu daripada bekas legenda bola sepak Perancis, David Ginola, dalam satu majlis penuh gah yang diadakan di Menara Eiffel di ibu kota Perancis ini.



"Saya begitu gembira sekali... ia satu detik yang hebat dalam kerjaya saya," kata Ronaldo selepas menerima trofinya dan berdiri di samping ibunya Maria Dolores dan anak sulung lelakinya, Cristiano Jr.



"Saya telah menunggu agak lama bagi detik ini. Tahun ini begitu menakjubkan sekali bagi saya... kami memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga dan bagi saya secara peribadi, saya muncul penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara.



"Kejayaan menjulang trofi membantu saya memenangi hadiah seperti ini dan saya perlu berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan daripada Real dan Portugal... mereka begitu penting sekali bagi saya," tambahnya.



Messi menduduki tangga kedua senarai anugerah Ballon d'Or tahun ini dengan bintang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, yang juga pemain termahal dunia, berada di tangga ketiga. Penjaga gawang veteran Italy, Gianluigi Buffon, di tangga keempat manakala tunggak midfield real dan Croatia, Luka Modric, di tangga kelima.



Bintang Chelsea, N'Golo Kante, pula ialah pemain terbaik daripada Liga Perdana dengan menduduki tangga kelapan manakala penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, di tangga ke-10. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >