Ronaldo dipilih Pemain Terbaik Dunia

BERNE (Switzerland): Cristiano Ronaldo memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) buat kali kedua berturut-turut semalam sambil berkata beliau berhasrat menjadi "salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman".

Superstar kelab Real Madrid dan kapten Portugal itu dipilih memenangi anugerah yang turut dikenali sebagai Ballon d'Or tersebut dengan memperoleh undi seganda lebih banyak daripada pesaing utamanya, Lionel Messi, bintang Barcelona dan kapten Argentina.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew, memenangi anugerah Jurulatih Terbaik, manakala penyerang Colombia, James Rodriguez, memenangi anugerah Puskas bagi Gol Terbaik dalam Piala Dunia 2014 di Brazil.

Nadine Kessler daripada VfL Wolfsburg pula memenangi anugerah Pemain Wanita Terbaik. - Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.