Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA EUROPA

Ronaldo jaring gol ke-701 dalam kemenangan 3-0 United

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Cristiano Ronaldo menyambut kepulangannya ke pasukan Manchester United dengan gol ke-701 dalam kerjayanya, untuk memastikan kemenangan selesa dalam Liga Europa atas Sheriff Tiraspol di Old Trafford.



Bintang Portugal itu tidak terpilih bagi perlawanan hujung minggu lalu menentang Chelsea sebagai hukuman kerana enggan masuk padang sebagai pemain gantian menentang Tottenham sebelum itu.



Pada mulanya Ronaldo bak ditakdir tidak menjaringkan gol walaupun memulakan perlawanan, tetapi sembilan minit sebelum perlawanan tamat, Ronaldo menanduk masuk hantaran lintang Bruno Fernandes.



Penjaga gol Sheriff Maxym Koval menyelamatkan bola tetapi ia terlepas dan Ronaldo menerkam bagi melengkapkan kemenangan terbesar United musim ini.



"Dia tidak berhenti berusaha mencari posisi betul. Dia tidak berputus asa dan saya fikir itulah yang dia lakukan sepanjang kerjanya dan akhirnya dia mendapat ganjarannya," puji pengurus United, Erik ten Hag.



Pemain bek kanan Diogo Dalot meletak United di depan dengan tandukannya daripada tendangan sudut Christian Eriksen seminit sebelum separuh masa.



Pemain gantian Marcus Rashford kemudian menanduk masuk hantaran lintang Luke Shaw dari sayap kiri pada pertengahan babak kedua.



United hampir-hampir mendapat gol ketiga apabila Bruno Fernandes menanduk bola ke arah Ronaldo tetapi sepakannya diselamatkan Koval.



Pada permulaan separuh masa kedua, penyokong bersorak apabila Ronaldo menggelecek bola dari kiri, sebagaimana sering dilakukannya, dan mencari ruang untuk rembatan dari tepi kotak penalti. Seluruh stadium menjangka gol tetapi ia tersasar.



Tidak lama selepas itu Ronaldo menjaringkan gol voli tetapi ia dibatalkan kerana ofsaid. Beberapa saat kemudian, nyanyian 'Viva Ronaldo' merebak di seluruh stadium untuk memberi semangat kepadanya.



Gol Ronaldo membawa kegembiraan, walaupun perlawanan itu sudah dimenangi.



Sudah hampir dua dekad sejak Ronaldo mula bermain bagi United. Kini giliran seorang lagi pemain berusia 18 tahun memulakan proses pembangunan daripada remaja berbakat kepada pemain bertaraf dunia.



Debut penuh Alejandro Garnacho detik membanggakan bagi keluarganya, apabila pemain sayap itu keluar memanaskan badan.



Garnacho semakin yakin ketika permainan berlangsung. Dia cuba memberi bantuan gol kepada Ronaldo pada separuh masa pertama, kemudian menggelecek dari sayap kiri berulang kali, akhirnya memikat Renan Guedes melakukan terkaman terburu-buru yang mengakibatkan kad kuning.



Jangkaan tinggi untuk Garnacho mendekati tahap yang pernah dicapai Ronaldo dalam kerjaya cemerlangnya.



Untuk mendahului kumpulan mereka, United harus mengalah Real Sociedad dengan dua gol pada perlawanan seterusnya. Ini juga akan mengelakkan kemungkinan mereka berdepan kelab hebat seperti Barcelona, Juventus, dan Atletico Madrid di pusingan seterusnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >