Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Ronaldo: Man U 'khianati saya'

Penyerang juga kata beliau tidak hormat pengurus Erik ten Hag
Nov 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Manchester United Cristiano Ronaldo berkata kelab itu mengkhianatinya dan beliau sekarang dipaksa keluar. Bintang Portugal itu juga berkata beliau tidak menghormati pengurus United Erik ten Hag.



Dalam satu wawancara bersama Piers Morgan bagi rancangan TalkTV yang disiarkan kelmarin, Ronaldo ditanya apakah hierarki United cuba memaksanya meninggalkan kelab itu.



"Ya, bukan jurulatih (ten Hag) sahaja, bahkan dua atau tiga lagi pegawai di kelab. Saya rasa dikhianati," katanya.



"Ya, saya rasa dikhianati, dan saya rasa sesetengah orang tidak mahu saya di sini, bukan tahun ini sahaja, malah tahun lalu juga."



Ronaldo menyertai semula United buat kali kedua daripada Juventus pada Ogos 2021 di bawah satu kontrak dua tahun. Beliau memenangi lapan trofi utama bersama United dari 2003-2009.



Bulan lalu, ten Hag berkata Ronaldo enggan masuk sebagai pemain gantian menentang Tottenham Hotspur dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL), apabila penyerang itu keluar stadium dengan baki beberapa minit perlawanan selepas diletak di bangku simpanan.



Beliau kemudian tidak disertakan dalam skuad menentang Chelsea pada perlawanan berikutnya.



Penyerang berusia 37 tahun itu, yang akan mengetuai Portugal di Piala Dunia di Qatar, berkata mengenai Ten Hag: "Saya tidak menghormatinya kerana dia tidak menghormati saya. Jika anda tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati anda."



United tidak segera menjawab apabila dihubungi Reuters untuk mengulas.



Selepas perlawanan Tottenham itu, ten Hag berkata Ronaldo kekal sebagai "pemain penting dalam skuad".



Ronaldo berkata Manchester United tidak menyokongnya apabila anak perempuannya dibawa ke hospital Julai lalu. Beliau berkata kelab itu meraguinya dan menunjukkan sikap kurang ihsan apabila beliau tiba lewat bagi latihan pramusim.



"Saya rasa peminat sepatutnya tahu perkara sebenar," katanya. "Saya mahu yang terbaik buat kelab. Itulah sebabnya saya datang ke Manchester United.



"Tetapi anda mempunyai beberapa perkara di kelab ini yang tidak membantu (kami) mencapai tahap teratas seperti City, Liverpool dan juga Arsenal sekarang... sebuah kelab sebesar ini sepatutnya berada pada tahap tinggi, pada pendapat saya, namun malangnya mereka tidak."



Tempoh pertama Ronaldo adalah di bawah bekas pengurus United Sir Alex Ferguson, yang bersara pada 2013.



Ronaldo berkata pandangannya mengenai kelab itu dikongsi Ferguson.



"Kemajuan sifar sejak Sir Alex (Ferguson) bersara, saya tidak melihat sebarang evolusi dalam kelab. Tiada apa berubah," kata Ronaldo.



"Beliau (Ferguson) lebih tahu daripada sesiapa sahaja bahawa kelab itu tidak berada di landasan yang sepatutnya. Beliau tahu. Semua orang tahu. Orang-orang yang tidak melihat itu… bukan kerana mereka tidak mahu melihat, mereka buta."



Ronaldo juga mengkritik keputusan kelab itu pada musim lalu menggantikan pengurus Ole Gunnar Solskjaer, bekas rakan sepasukannya, dengan Ralf Rangnick.



Rangnick meninggalkan peranannya sebagai ketua sukan dan pembangunan di kelab Russia Lokomotiv Moscow untuk mengambil alih di Old Trafford.



"Selepas kelab itu memecat Ole, mereka membawa pengarah sukan Ralf Rangnick, sesuatu yang tiada siapa faham," kata Ronaldo.



"Lelaki ini, beliau bukan seorang jurulatih pun. Kelab besar seperti Manchester United membawa masuk seorang pengarah sukan yang mengejutkan bukan saya sahaja, malah seluruh dunia." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >