Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ronaldo pemain terbaik 2016, Faiz Subri dari Pulau Pinang menang gol terbaik

Jan 10, 2017 | 07:35 AM



ZURICH: Cristiano Ronaldo memenangi anugerah pemain terbaik 2016 Fifa yang telah dijenamakan semula pada Isnin (9 Jan), mengalahkan saingan lamanya, Lionel Messi, yang ditarik daripada majlis itu hanya beberapa jam sebelum itu oleh kelabnya, Barcelona.



Mohd Faiz Subri daripada kelab Liga Super Malaysia, Pulau Pinang, memenangi anugerah gol terbaik bagi sepakan percuma 35 meter di mana bola membelok mengelirukan hingga membuat penjaga gol terkaku.



Claudio Ranieri memenangi anugerah jurulatih terbaik kerana membimbing Leicester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa dijangka.



Ronaldo, 31 tahun, memenangi anugerah itu sebagai ganjaran bagi prestasinya pada 2016, apabila beliau memenangi Liga Juara-Juara bersama kelab Real Madrid dan kemudian Euro 2016 bersama Portugal.



Pemenang lima kali pemenang yang juga naib juara empat kali, Messi, di tempat kedua sementara Antoine Griezmann ketiga.



Barcelona berkata perlawanan Rabu ini menentang Athletic Bilbao menjadi keutamaan dan tiada pemainnya yang dijemput ke majlis itu akan menghadirinya, membuat Ronaldo kecewa.



Mengenai kemenangannya, Ronaldo berkata: "Saya sangat gembira dan saya boleh mengatakan 2016 tahun terbaik dalam kerjaya saya, trofi ini menunjukkan orang tidak buta dan menonton perlawanan."



Kelab Colombia, Atletico Nacional, diberi Anugerah Permainan Adil kerana memberi kejuaraan Copa Sudamericana kepada kelab Brazil, Chapecoense, yang pasukannya lenyap apabila pesawat yang mereka naiki untuk ke perlawanan final terhempas, membunuh 71 orang.



Pemain Amerika Syarikat Carli Lloyd memenangi anugerah pemain wanita terbaik, dua tahun berturut-turut.



Fifa, yang menganjurkan anugerah itu bersama majalah Football (Bola Sepak) Perancis dari 2010 hingga 2015 apabila ia dinamakan sebagai Ballon d'Or, menjenamakannya semuanya sebagai 'The Best' (Yang Terbak) tahun ini selepas berpisah dengan penerbitan Perancis itu.



'Football' terus mengeluarkan anugerahnya sendiri, yang turut dimenangi Ronaldo bulan lalu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >