Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Ronaldo: Saya pemain terbaik di dunia

Nov 06, 2015 | 05:01 PM



LONDON: Cristiano Ronaldo berkata beliau adalah pemain bola sepak terbaik di dunia dan setanding dengan pemain terhebat dalam sejarah sukan itu.


Bintang Portugis dan pemain Real Madrid itu berkata demikian dalam wawancara dengan BBC minggu lalu.


Beliau turut mengaku telah mencapai tahap permainan tinggi dan "sukar hendak memperbaiki permainannya ke tahap lebih tinggi".


"Saya tidak perlu berkata nama saya terpahat dalam sejarah atau saya seorang legenda.


"Statistik permainan saya adalah bukti segala-galanya," kata Ronaldo, 30 tahun.


Baru-baru ini Ronaldo menjadi penjaring gol terbanyak Real selepas menyumbat 326 gol; dan telah dinobat sebagai pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali.


Setakat ini, beliau telah menjaringkan 504 gol dalam 760 permainan profesional.


Ronaldo, yang menyertai Real daripada Manchester United dalam 2009 dengan harga £80 juta ($120 juta), berkata beliau telah mencapai tahap permainan "sukar dipercayai" dalam tempoh lapan tahun ini dan ingin terus beraksi lagi lima atau enam musim.


"Adalah sukar hendak meningkatkan persembahan saya. Sebaliknya, saya hanya ingin mengekalkan tahap persembahan ini... inilah aspek paling sukar dalam kerjaya pemain bola sepak," kata Ronaldo yang juga penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan 82 gol.


Ditanya tentang Lionel Messi, bintang Argentina yang selalu dibandingkan dengannya, Ronaldo berkata beliau tidak mempedulikan apa kata orang.


Messi, yang menyarung jersi Barcelona, telah memenangi anugerah pemain terbaik dunia empat kali dan telah menjaringkang 418 gol dalam 492 perlawanan bagi kelabnya.


"Mungkin anda rasa Messi lebih baik daripada saya. Itu pendapat anda dan saya menghormatinya.


"Dalam fikiran saya, saya lebih baik daripadanya, saya adalah yang terbaik. Saya tidak peduli apa orang lain kata," ujarnya.


Laluan Ronaldo ke persada bola sepak dunia bermula selepas beliau berpindah ke United daripada Sporting Lisbon dengan harga £12.2 juta dalam 2003.


Beliau berpindah ke Real dengan rekod 118 gol dalam 292 perlawanan.


Beliau, yang terikat dengan Real sehingga 2018, telah menjaringkan 326 gol dalam 314 perlawanan setakat ini. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >