FLORHAM PARK (Amerika Syarikat): Cristiano Ronaldo kelihatan sudah bersedia kembali ke pangkuan skuad Portugal bagi perlawanan persahabatan menentang Ireland di Amerika Syarikat hari ini, dua hari sebelum pertandingan Piala Dunia Brazil bermula.
Superstar berusia 29 tahun itu terlepas peluang beraksi dalam dua perlawanan ujian Portugal akibat kecederaan, sekali gus menjejas persiapan mereka bagi temasya di Brazil itu.