Ronaldo sumbang lima gol dalam kemenangan 6-0 Real

MADRID: Selepas Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan pembukaan Real Madrid dalam Liga Primera Sepanyol, ada orang berkata pemain berusia 30 tahun itu kini berasa kesan umurnya.

Bagaimanapun, kapten Portugal itu respons dengan penuh bergaya Sabtu lalu apabila beliau menyumbatkan lima gol dalam kemenangan 6-0 Real ke atas Espanyol.

Ronaldo, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam pertandingan elit kelab Eropah, kini mengatasi Raul Gonzalez sebagai penjaring gol terbanyak Real.

Sementara itu, Lionel Messi menyambut kelahiran anak keduanya dengan menjaringkan gol kemenangan Barcelona, yang bangkit untuk menang 2-1 ke atas Atletico Madrid.

Atletico mendahului melalui Fernando Torres, sebelum Neymar menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma.

Dengan ini, Barca mendahului Liga Primera dengan sembilan mata, Real di tempat kedua dengan tujuh mata dan juara bertahan Atletico di tangga kelima dengan enam mata. - REUTERS, AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.