Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rooney akhiri kemarau gol untuk bantu Man U atasi Sunderland 2-0

Mar 01, 2015 | 09:56 AM



LONDON: Bintang England, Wayne Rooney, menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa gol dalam Liga Perdana England (EPL) dengan menyumbatkan dua gol semasa membantu kelabnya, Manchester United, melompat semula ke tangga ketiga dengan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland malam tadi.


United telah diejek oleh penyokongnya apabila menyajikan permainan hambar terutama dalam babak pertama perlawanan tetapi Rooney - yang diletakkan semula di posisi favoritnya di barisan penyerang - membuka tirai dengan gol penalti selepas rakan penyerang Colombia, Radamel Falcao, dikasari oleh pemain pertahanan Sunderland, John O'Shea sebelum menjamin kemenangan dengan peluang mudah bagi gol kedua pada minit ke-84.


Pesaingnya bagi empat tangga teratas liga, Southampton, pula terus dirundung malang apabila mengalami satu lagi kekalahan - kali ini tewas 0-1 di tangan pasukan yang kian menunjukkan peningkatan, West Bromwich Albion.


Gol awal Saido Berahino memberikan tiga mata penuh kepada West Brom.


Dalam perlawanan awal, Glenn Murray menemui sasaran dua kali sebelum diusir keluar padang semasa membantu Crystal Palace menewaskan West Ham United yang tidak bersemangat 3-1.


Newcastle United melanjutkan prestasi hambar 12 perlawanan tanpa kemenangan Aston Villa dalam EPL dengan menewaskan seterunya itu 1-0 di St James' Park dengan golnya dijaringkan Papiss Cisse.


Swansea City naik ke tangga kelapan dengan kemenangan 1-0 ke atas Burnley yang sedang terkial-kial manakala Stoke City turut mengutip mata penuh dengan kemenangan 1-0 juga ke atas Hull City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >