Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Rooney jurulatih kelab Amerika, DC United

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Bekas bintang Manchester United dan England, Wayne Rooney sudah mencapai satu persetujuan untuk melatih pasukan Major League Soccer, DC United, yang mana beliau menyarung jersinya antara 2018 dengan 2019, lapor media Amerika Syarikat kelmarin.



Rooney, 36 tahun, akan menyertai kelab itu apabila keperluan visanya dimuktamadkan, lapor ESPN dan The Athletic.



Seorang wartawan The Athletic memuatnaik gambar Rooney di Lapangan Antarabangsa Dulles dekat luar Washington Ahad lalu.



Warga England itu akan menggantikan Hernan Losada dari Argentina, yang dipecat akibat keputusan hambar selepas hanya menguruskan enam perlawanan dalam musim.



Pasukan itu juga gagal bangkit setelah pengunduran Losada dan buat masa kini mengisi kedudukan kedua terakhir dalam Eastern Conference dengan hanya 17 mata daripada 17 perlawanan.



Dipimpin oleh jurulatih sementara Chad Ashton, kelab ibu kota Amerika Syarikat itu dibelasah 0-7 oleh Philadelphia Union pada Jumaat lalu.



Rooney meletakkan jawatan sebagai pengurus Derby County pada hujung Jun. Beliau gagal menyelamatkan kelab itu dari penyingkiran Liga Championship setelah kelab yang dihimpit krisis itu didenda potongan 21 mata akibat isu kewangan.



Bagaimanapun, beliau berjaya menyalakan harapan mereka dari disingkirkan pada minggu-minggu terakhir musim ini.



Dalam tempohnya di DC United sebagai pemain, beliau menjaringkan 23 gol dan membuat 13 'assist' dalam 48 perlawanan liga sepanjang dua tahun. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >