BURTON-ON-TRENT (England): Wayne Rooney kekal menjadi kapten skuad England yang bakal mengharungi cabaran kelayakan Piala Dunia 2018, kata pengurus baru pasukan, Sam Allardyce, di sini kelmarin.
Penyerang berusia 30 tahun itu, yang juga merupakan kapten bagi kelabnya di Manchester United, sudah pun memainkan peranan kapten bagi pasukan bergelar Three Lions itu sejak dua tahun lalu.