MELBOURNE: Pasangan pasukan Mercedes - Nico Rosberg dan Lewis Hamilton - mengatasi cabaran daripada Ferrari bagi mencatat masa terpantas dalam dua sesi latihan di Grand Prix (GP) Australia di Melbourne semalam.
Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel, dan rakan sepasukannya di Ferrari, Kimi Raikkonen, mendahului carta pemandu buat sementara dalam sesi latihan kedua, tetapi tempat mereka akhirnya dirampas oleh Rosberg dan Hamilton.