Rosberg juara Grand Prix Australia

PEMANDU Mercedes Nico Rosberg mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir untuk menjuarai perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) musim ini di Melbourne, Australia, petang tadi.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Lewis Hamilton dan juara bertahan Sebastien Vettel (Red Bull) terpaksa mengundur diri di awal perlawanan kerana masalah enjin.

Rosberg, pilihan awal untuk merebut kejuaraan dunia tahun ini gagal mengawal perasaan gembiranya sejurus selepas keretanya mencecah garisan penamat.

"Menakjubkan! Kereta ini hebat... kereta ini hebat," kata Rosberg, menjerit ke dalam radio.

Ini kemenangannya yang keempat dalam F1.

Pemandu Jerman itu berlumba tanpa saingan hampir seluruh perlumbaan selepas beliau meluru ke hadapan dari posisi ketiga sebelum pusingan pertama.

Beliau menamatkan perlumbaan 23 saat lebih pantas daripada naib juara, Daniel Ricciardo yang memandu buat pertama kali untuk Red Bull.

Kevin Magnussen (McLaren) mendapat tempat ketiga. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.