Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Safee Sali diberi amaran keras dek merokok

Dec 02, 2014 | 02:14 PM



KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), memberi amaran keras kepada penyerang kebangsaan, Safee Sali, kerana merokok.


Teguran turut disuarakan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang mengingatkan pemain Harimau Malaya supaya menjauhi segala perkara negatif dalam berdepan dengan Vietnam pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki.


Semalam, FAM memberi amaran keras kepada penyerang kebangsaan, Safee Sali, berhubung kes memegang rokok ketika 'lepak minum' bersama rakan sepasukannya di Kota Singa yang tersebar luas di media sosial, baru-baru ini.


Merujuk insiden penyebaran sebuah gambar Safee yang sedang merokok, Tengku Abdullah berkata, pemain harus lebih disiplin dalam dan luar padang untuk membolehkan mereka lebih bersedia dalam perlawanan itu.


"Jangan merokok kalau nak fit (cergas), kena tidur awal, fikir positif dan makan (makanan) baik. Macam mana hendak jadi juara kalau merokok.


"Saya harap jurulatih pasukan, Dollah Salleh fokus dan tingkatkan permainan dalam padang...jangan buat perkara negatif," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan banjir di sini, sebentar tadi.


Biarpun dihimpit kontroversi berkenaan, Safee berjaya menutup mulut pengkritik dan membuktikannya di atas padang apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan selama setahun setengah bersama skuad Harimau Malaya dengan ledakan pada minit ke-60 pada aksi di Stadium Nasional, Kallang itu.


Malaysia menewaskan Singapura 3-1 untuk melayakkan negara itu ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >