Safuwan Baharudin sertai Melbourne City FC

SAFUWAN BAHARUDIN akan menyarung jersi Melbourne City FC dalam Liga Australia bagi separuh kedua musim yang bermula Ahad ini.
Awal pagi Khamis, kelab itu mengumumkan di laman web rasminya bahawa pemain pertahanan nasional itu telah menandatangani kontrak dengannya bagi baki musim 2014/2015.
Pengumuman itu mengakhiri spekulasi bahawa Safuwan meninggalkan LionsXII bagi menyertai Melbourne City, sesuatu yang dinafikan pemain itu sendiri kelmarin.
Safuwan menyertai latihan ujian 10 hari bersama kelab itu di Abu Dhabi awal bulan ini dan tidak bersama LionsXII ke Maldives.
Dalam laporan yang tertera di laman web Melbourne City jurulatih kelab John van ‘t Schip, Safuwan menawarkan pilihan tambahan bagi benteng pasukannya.
“Beliau pemain yang tenang dan selesa bergerak dengan bola, serta membuat pilihan yang pantas dan baik di padang,” kata Schip.
Safuwan pula berkata:
“Saya bertungkus-lumus... dan amat gembira jurulatih gembira dengan apa yang mereka perhatikan.
“Saya tidak sabar beraksi dengan terbaik bagi kelab dan sebagai duta Singapura. Saya ingin membuat orang tua dan keluarga saya bangga,” katanya.

 

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.