Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Safuwan muncul wira kemenangan LionsXII 3-2 ke atas Terengganu

Sep 26, 2015 | 10:12 PM



TUNGGAK pasukan, Safuwan Baharudin, muncul wira kemenangan LionsXII apabila menyumbatkan dua gol semasa kemenangan 3-2 ke atas Terengganu dalam satu perlawanan Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar yang berakhir sebentar tadi (26 September).


Kejayaan itu adalah kemenangan kedua LionsXII dalam kempen Piala Malaysia musim ini - selepas menewaskan JDTII minggu lalu dan seri dengan Kedah dalam perlawanan pembukaannya - sekali gus mengukuhkan kedudukan anak didik Fandi Ahmad sebagai antara dua pilihan Kumpulan A untuk mara ke pusingan selanjutnya.


LionsXII bagaimanapun terpaksa bekerja keras selepas ketinggalan seawal minit keempat apabila bola yang terpesong - gara-gara terkena Madhu Mohana - memperdayakan Izwan Mahbud bagi memberikan gol pembukaan kepada Paulo Rangel.


Pasukan tuan rumah bangkit pada minit ke-35 melalui percubaan Sahil Suhaimi dari luar kotak penalti.


Rangel sekali lagi meletakkan Sang Penyu di hadapan melalui satu serangan balas kilat Terengganu sejurus sebelum rehat.


Namun, siapa lagi jika tidak Safuwan - yang juga wira kemenangan dua gol semasa menewaskan JDTII - menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-53 sebelum menandukan gol kemenangan pasukannya selepas menerima hantaran cantik Christopher Van Huizen pada minit-minit terakhir perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >