Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN: PIALA DUNIA

Sah! Messi terhebat sepanjang zaman

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



PERDEBATAN sama ada Lionel Messi layak digelar sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, atau lebih mesra dipanggil G.O.A.T. - singkatan bagi Greatest of All Time - dalam sejarah bola sepak secara rasmi mencapai penghujungnya pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022 awal pagi semalam.



Jawapannya, ya - Messi adalah G.O.A.T. daripada semua G.O.A.T. yang pernah dunia bola sepak menyaksikan.



Ketiadaan pingat juara Piala Dunia sudah lama diperkatakan sebagai sebab utama mengapa Messi tidak dapat mengatasi legenda Brazil Pele dan ikon senegaranya Diego Maradona dalam dewata bola sepak.



Namun dengan kemenangan Argentina ke atas Perancis awal pagi semalam dalam aksi akhir Piala Dunia yang mendebarkan di Doha, segala keraguaan terhadap 'maestro' berusia 35 tahun itu sudah terjawab.



Dalam kerjaya yang menakjubkan sepanjang tiga dekad, Messi telah memenangi 37 trofi kelab, tujuh anugerah Ballon D'Or dan enam But Emas Eropah.



Terdapat juga gelaran Copa Amerika, pingat emas Sukan Olimpik dan senarai rekod jaringan gol dan statistik yang mungkin tidak akan dapat ditewaskan.



Satu-satunya pencapaian yang tinggal dalam CV Messi adalah kemenangan Piala Dunia yang diraih selepas perlawanan sepanjang 120 minit yang memukau di Stadium Lusail semalam.



Dalam aksi terakhirnya di Piala Dunia, Messi menjaringkan dua gol ketika Argentina berjuang untuk seri 3-3 pada masa tambahan sebelum menang 4-2 menerusi sepakan penalti.



Malah hatrik ajaib Kylian Mbappe untuk Les Bleus tidak mampu merampas penobatan juara Messi dan Argentina dengan takdir pada malam itu nampaknya sudah ditetapkan.



"Ia adalah impian zaman kanak-kanak sesiapa sahaja," kata Messi. "Saya bertuah kerana telah mencapai segala-galanya dalam kerjaya ini.



"Ia luar biasa...lihat bagaimana cantiknya ia (trofi Piala Dunia). Saya sangat menginginkannya. Saya membayangkan bahawa kami akan menang Piala Dunia ini."



Ia telah mengambil lima percubaan, dan rekod 26 perlawanan pusingan akhir Piala Dunia, tetapi budak lelaki dari Rosario - bandar hab ladang kira-kira 300 kilometer di utara Buenos Aires - akhirnya berjaya mengangkat dirinya bersama dewa bola sepak Argentina yang lain, Maradona, yang telah membawa negaranya merangkul gelaran itu pada 1986.



"Kami menderita, tetapi kami sudah memilikinya (Piala Dunia)," kata Messi. "Saya mahu menutup kerjaya saya dengan ini, saya tidak boleh meminta apa-apa lagi, terima kasih Tuhan kerana memberi saya segala-galanya."



Berdasarkan jumlah dan julat piala yang dimenangi sahaja, ia tidak dinafikan bahawa Messi adalah yang paling G.O.A.T. berbanding pesaing terdekatnya, Pele dan Maradona.



Walaupun tiga kejayaan Pele di Piala Dunia kekal tiada tandingan, kerjaya kelab ikon Brazil itu hambar berbanding Messi.



Sementara itu, Maradona hanya memenangi satu Piala Dunia, dan tidak pernah menjulang Piala Eropah semasa beraksi untuk kelab Eropah, yang kebanyakannya dihabiskan bersama Barcelona dan Napoli.



Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa Pele, Maradona dan Messi wujud dalam era yang berlainan, dengan gaya dan permintaan bola sepak yang berbeza. Tiada bandingan yang diperlukan.



Hujah itu munasabah. Namun, jarang dalam satu-satu era, terdapat dua pemain hebat bersaing untuk memperoleh status G.O.A.T.



Kita bertuah dapat menonton permusuhan hebat antara Messi dwngan Cristiano Ronaldo, meskipun harus akur bahawa kedua-dua pemain adalah wira mereka tersendiri.



Justeru, kebangkitan Messi sebagai G.O.A.T. di era moden ini tidaklah mudah dan bahkan mungkin sukar untuk generasi pemain akan datang mengatasi pencapaiannya.




IMPIAN JADI KENYTAAN



“Ia adalah impian zaman setiap kanak-kanak.

Saya bertuah kerana telah mencapai segala-galanya dalam kerjaya ini.

Ia luar biasa...lihat bagaimana cantiknya ia (trofi Piala Dunia). Saya sangat menginginkannya. Saya membayangkan bahawa kami akan menang Piala Dunia ini.”

– Lionel Messi.




PENCAPAIAN MESSI 



■ Satu Piala Dunia



■ Tujuh anugerah Ballon D'Or



■ Enam But Emas Eropah



■ Satu Piala Copa Amerika



■ Satu Pingat emas Sukan Olimpik



■ 37 trofi kelab




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >