Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PUSAT LATIHAN BERSEPADU LION CITY SAILORS

Sailors mahu masyarakat turut guna ruang baru

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



BELIAU berpengalaman berlatih di pusat latihan terkemuka di Eropah, tetapi bagi pemain akademi Lion City Sailors Muhammad Idzham Eszuanshah, kesemuanya tidak dapat menandingi pusat latihan terbaru kelab itu di Mattar Road.



Ini kerana Idzham, 15 tahun, bukan sahaja dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di sana, termasuk gimnasium dan bilik untuk mengulangkaji pelajaran, malah dapat berbuat demikian di tempat yang sama dengan pemain bola sepak mapan yang menjadi idolanya, seperti kapten Sailors Hariss Harun, yang juga kapten pasukanbola sepak nasional.



Sebelum ini, saya hanya ke pusat latihan untuk berlatih dan selepas itu pulang ke rumah.



Kini, dengan kemudahan baru ini, saya dapat datang lebih awal untuk menggunakan kemudahan seperti gim sebelum latihani," kata pelajar menengah tiga di Sekolah Menengah Westwood yang telah menjadi pelatih di kelab itu sejak enam tahun lalu, semasa ia masih bergelar Home United.



Beliau akur, melihat pemain pasukan nasional seperti Hariss berlatih di tempat yang sama memberikannya dorongan tambahan untuk berusaha lebih gigih.



"Saya akan dapat melihat beliau (Hariss) berlatih dan berharap dapat mempelajari apa yang dilakukan olehnya di sesi latihan," katanya.



Kelmarin, Sailors, kelab Liga Perdana Singapura (SPL) pertama bertukar status menjadi privet, membuka secara rasmi pusat latihan bersepadu tersebut.



Seluas 28,000 meter persegi dan dibina dengan harga $10 juta, pusat latihan itu memuatkan bilik fisioterapi, gimnasium, bilik analisis serta kemudahan belajar untuk pelatih akademi.



Selain itu, lima padang bola sepak (dua padang bagi permainan 11 sepasuk dan tiga padang bagi permainan tujuh sepasuk) telah dibina dan akan menjadi 'rumah baru' bagi pasukan utama Sailors, pasukan Bawah-21 tahun, pelatih akademi serta pasukan wanita Sailors.



Pengarah Akademi Sailors, Luka Lalic berkata pusat latihan baru itu, antara lain, boleh memainkan peranan membangun potensi pemain muda seperti Idzham.



"Ia boleh membantu membina budaya sukan bagi pemain di sini. Dengan kemudahan yang ada, pemain boleh meluangkan lebih masadi sini, seperti membuat kerja sekolah di ruang yang disediakan, mengikuti analisis permainan di bilik analisis, berlatih di gim, serta menjalani rawatan di bilik fisioterapi.



"Apabila digabungkan semua kemudahan yang disediakan ini, ia merupakan pakej tambah nilai kepada sebarang pemain yang menyertai Sailors," katanya.



Pengerusi kelab Forrest Li berkata pusat itu melambangkan komitmen kami untuk menghidupkan semula bola sepak tempatan" dan pemacu kelab untuk mengejar kecemerlangan.



Dalam pada itu, pusat latihan itu juga sebahagian projek pembangunan bola sepak di peringkat nasional, iaitu, Unleash the Roar! (UTR!) yang antara lain, telah menetapkan sasaran bagi pasukan nasional melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.



Turut hadir merasmikan upacara pembukaan pusat latihan itu kelmarin adalah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong dan Presiden Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong.



Encik Tong berkata beliau terpesona dengan kemudahan yang kini dimiliki Sailors dan berkata ia akan melengkapkan dan mengukuhkan rancangan keseluruhan pemerintah untuk menyediakan kemudahan dan prasarana sukan berkualiti tinggi bagi rakyat Singapura pada tahun-tahun akan datang.



Selain sukan, pusat latihan itu juga memperuntuk ruang untuk menyokong kegiatan kemasyarakatan di Macpherson.



Ini termasuk galeri bagi pihak awam menyaksikan latihan dan aksi lain di padang, sebuah kafe, dan balapan untuk berlari.



Ketua pegawai eksekutif Sailors Chew Chun-Liang berkata: "Kami mahu menjadi bukan sekadar penduduk atau jiran, malah jiran yang baik.



"Kami mahu memastikan penduduk di MacPherson juga boleh mendapat manfaat daripada kehadiran kami dan melihat kami sebagai rakan kongsi yang dihargai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >