Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG UNDIAN PUCUK PIMPINAN BARU FAS

Samad, Razali bertemu... dan bersaing

Mar 29, 2017 | 05:30 AM



KEDEDUANYA adalah bekas kapten skuad bola sepak nasional yang telah banyak berjasa kepada negara.



Semangat ingin terus menyumbang demi masa depan sukan ini juga menyaksikan kededua bekas kapten nasional - Samad Allapitchay dan Razali Saad - tampil bersaing dalam undian bagi memilih pucuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang dijadualkan bulan depan.



Cuma bezanya kali ini - Samad dan Razali akan 'menyarungi jersi' dua pasukan berbeza yang dijangka bertanding dalam pemilihan penuh bersejarah FAS itu nanti.



Samad, kapten Singa yang menjulang trofi kejuaraan Piala Malaysia 1977 dan 1980, adalah sebahagian daripada pasukan yang dipimpin pengerusi kelab Hougang United, Bill Ng, yang menggelarkan pasukan mereka 'game changers'.



Razali, kapten skuad nasional pada 1986-1988, pula menjadi anggota pasukan yang diterajui pegawai veteran FAS, Lim Kia Tong, yang menggelarkan pasukan mereka 'Team LKT'.



Ditanya apa yang mendorongnya tampil menyumbang, Samad, 66 tahun, yang dicalonkan bagi mengisi jawatan anggota majlis (dalam pasukan atau 'slate') yang diterajui Ng, berkata:



"Sebenarnya saya tidak tahan lagi melihat sukan ini terus menjunam... kini tiba masanya bagi satu perubahan drastik demi menyelamatkan bola sepak negara.



"Jadi, apabila saya dipelawa Bill dan setelah mendengar rancangannya bagi masa depan bola sepak negara, saya tergerak memainkan peranan saya dan memutuskan menyertai pasukannya itu demi membawa perubahan positif dalam sukan ini."



Razali pula, sekalipun bertanding dengan pasukan 'seteru', turut memendam hasrat murni mahu menyumbang ke arah peningkatan sukan nombor satu di Singapura ini yang kini berada di takuk mengecewakan - tahap pasukan nasional yang semakin menyurut dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan liga profesional setempat, Liga-S, yang terkial-kial menarik sokongan peminat.



"Saya pernah aktif membantu skuad JCOE (Pusat Kecemerlangan Junior kendalian FAS) sebelum ini dan sejak dua tahun lalu pula bersama skuad NFA... membimbing pemain muda kita dan menjadi mentor kepada mereka... satu bidang yang saya fikir merupakan kekuatan saya dalam usaha membawa perubahan positif (pada masa depan bola sepak)," ujar Razali, 53 tahun.



"Dengan Lim benar-benar serius mahu memberikan tumpuan bagi pembangunan bola sepak daripada peringkat bawah, inilah yang mendorong saya menyertai pasukannya."



Razali dicalonkan bagi salah satu daripada empat jawatan naib presiden dalam pasukan pimpinan Lim.



Undian bagi pucuk kepimpinan baru FAS dijadualkan berlangsung pada 29 April.



Laporan lain: Sama matlamat walau beza 'pasukan'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >