Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA: REVIU

Samba Brazil bertukar tangisan

Croatia singkir juara dunia lima kali 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 di akhir 120 minit permainan
Dec 11, 2022 | 05:30 AM



TARIAN samba tidak kelihatan.



Sebaliknya, kejutan, tangisan dan kehampaan menyelubungi pasukan Brazil dan peminat mereka berikutan kekalahan di peringkat suku akhir menentang Croatia di Stadium Education City awal pagi semalam.



Juara dunia lima kali Brazil tersingkir di tangan pasukan finalis 2018, Croatia, 4-2 menerusi sepakan penalti selepas saingan terikat 1-1 di akhir 120 minit perlawanan.



Disebut ramai sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022, di mana silap Brazil semalam?



Skuad Tite, kali ini di Qatar, dianggap yang paling mantap dalam kejohanan, sekali gus mempunyai peluang terbaik mengakhiri kemarau dua dekad mereka bagi menjulang Piala Dunia - kali terakhir pada 2002 di Korea Selatan/Jepun.



Bintang mereka, Neymar, Rodrygo, Marquinhos, Vinicius Junior, Richarlison dan Raphinha adalah antara nama-nama besar yang mampu dan layak bergelar juara dunia.



Namun semalam, pada saat-saat penting perlawanan, mereka gagal bersinar.



Vinicius, Richarlison dan Raphinha, yang tumpul di depan gawang, digantikan sebelum waktu biasa perlawanan dan tidak terlibat dalam penentuan sepakan penalti.



Rodrygo, yang pertama tampil untuk mengambil sepakan penalti Brazil, pula menyaksikan percubaannya diselamatkan oleh penjaga gol Dominik Livakovic.



Bagaimanapun, jaringan Casemiro dan Pedro meletakkan Brazil kembali dalam saingan.



Tetapi, usaha mereka hanya dilihat sebagai tidak berhasil ketika rembatan Marquinhos kemudian terkena tiang dan gagal menemui sasaran.



Sebelum Neymar - yang mana golnya pada minit ke-106 menyamai rekod jaringan Pele dengan 77 gol untuk Brazil - dapat menjadi wira pasukan sebagai penendang penalti terakhir, kemenangan sudah dirampas Croatia, yang berjaya menyempurnakan semua empat sepakan penalti mereka untuk melangkah ke separuh akhir dalam dua Piala Dunia berturut-turut.



Nasi pun sudah menjadi bubur dan Tite harus menerima hakikat bahawa mungkin strateginya - dalam penampilannya terakhir sebagai pengurus Brazil - dan sikap mudah berpuas hati anak didiknya - selepas menang 4-1 menentang Korea Selatan sebelum ini - telah memakan diri.



Bagaimanapun, pujian juga perlu diberikan kepada Croatia, yang meskipun dilihat sebagai 'underdog' dalam perlawanan, tampil berani di padang dan menunjukkan bahawa mereka bukan calang-calang pasukan.



Selepas ketinggalan 0-1 dalam masa tambahan, ketika banyak pasukan hilang keyakinan, Croatia, yang dipimpin kapten Luka Modric, berhempas-pulas mencari gol penyamaan.



Jaringan itu muncul menerusi Bruno Petrovic pada minit ke-117 untuk membawa perlawanan ke sepakan penalti.



Malah, pasukan yang tidak kenal erti putus asa itu boleh digelar "raja masa tambahan".



Kemenangan semalam merupakan perlawanan pusingan kalah mati kelima berturut-turut yang dimenangi dalam masa tambahan atau penentuan sepakan penalti sejak 2018 di Russia.



Tekanan mungkin menjadi rahsia kejayaan Croatia, manakala tekanan pula menjadi racun impian Brazil.



Nampaknya Brazil mungkin harus menunggu empat tahun lagi untuk merangkul kejuaraan dunia keenam mereka.



Sama ada bersama kapten Neymar, 30 tahun, yang mana Qatar mungkin Piala Dunia terakhirnya atau tidak, yang pasti barisan pemain Brazil masa kini akan belajar daripada kekecewaan ini dan menjadi lebih matang menghadapi tekanan pada edisi selanjutnya, yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat, Canada dan Mexico.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >